Posted by: alumnijordan | Oktober 4, 2008

Majlis Sambutan Hari Raya 1429H

Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri 1429H anjuran Alumni Jordan dengan kerjasama Urusetia Pembangunan Wanita,Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Teratai,Kompleks Kota Darul Daim pada 3 Syawal 1429H bersamaan 3 Oktober 2008. Jumlah kehadiran pada kali ini amat memberansangkan bagi penganjur.Walaupun urusan jemputan dan pendaftaran dilakukan pada saat-saat akhir tetapi dengan kerjasama semua khirrijiin jamiaat Jordan menyebarkan info menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS),maka majlis perjumpaan ini dapat diadakan.Pada awal majlis,kehadiran baru mencecah 10 keluarga disebabkan jalan menuju ke Kota Bharu penuh sesak dengan kenderaan.Pihak penganjur memulakan majlis santai dengan makan sambil sembang-sembang sesama ikhwah dan akhawat yang telah lama tidak bertemu.kemudian kehadiran meningkat sehingga mencecah 140 orang.Dalam ucapan alu-aluan tuan rumah,YB. Us. Ab Latiff Ab Rahman mengalu-alukan kedatangan semua alumni dan menyatakan bahawa majlis ini adalah dengan kerjasama Urusetia Pembangunan Wanita,Belia,Sukan dan NGO Negeri Kelantan.Manakala urusan tempat dan makan minum semuanya ditanggung oleh kerajaan negeri di bawah exco YB Ab Pattah Mahmood.Ucapan Al-Fadhil Us Nik Zawawi Salleh pula menyentuh mengenai perlunya alumni Jordan memperhebatkan gerakan dakwah di tempat masing-masing.Ini kerana masyarakat telah mengiktiraf lulusan Jordan sebagai terbaik dan berkemampuan dalam pelbagai bidang.Beliau turut berbangga kerana ada di kalangan lulusan Jordan yang telah dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri,Tokoh Korporat dan sebagainya.YB Us Ahmad Baihaqi pula menyatakan bahawa telah tiba masanya bagi Alumni Jordan untuk bergerak ke hadapan dengan menyediakan sebuah laman web bagi menyebarkan maklumat semasa alumni dan juga sebagai satu pusat hentian masyarakat dalam mendapatkan maklumat..


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: