Posted by: alumnijordan | November 6, 2008

Sek.Tok Guru jadi Sek.Swasta..

Maahad Darul Anuar,Pulau Melaka yang lebih terkenal dengan Sekolah Tok Guru bakal berubah wajah apabila dengan rasminya akan bertukar pengurusan menjadi sekolah swasta pada sesi persekolahan tahun 2009 yang akan datang.

Iklan mengenai kemasukan pelajar baru,temuduga guru baru telah dikeluarkan sebanyak tiga kali di dalam akhbar Harakah edisi Jumaat. Nama baru Maahad Darul Anuar adalah Akademi Al-Omari yang akan ditadbir oleh Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz dengan restu YAB Tuan Guru.

Sebelum ini,Maahad Darul Anuar adalah dibawah kelolaan dan tadbiran Yayasan Islam Kelantan.

Pemandangan MADA dari bangunan asrama puteri

Pemandangan MADA dari bangunan asrama puteri

Posted by: alumnijordan | November 5, 2008

Apa sudah Jadi…???

Salah sebuah tiang bendera gergasi di cabang 4 Cherang,Kota Bharu..

Salah sebuah tiang bendera gergasi di cabang 4 Cherang,Kota Bharu..

Setelah berlalunya pilihanraya ke-12,masing-masing sudah tidak ambil cakna atau peduli lagi dengan bendera dan logo-logo yang terpasang…sepatutnya bendera yang sebegini perlu diturunkan setelah kainnya rosak ditiup angin…Sekali lihat mungkin biasa sahaja..tetapi bagi orang luar terutamanya pelancong asing akan mempunyai persepsi negatif ..sewajarnya pihak yang berkenaan perlu mengambil tindakan sewajarnya..

Posted by: alumnijordan | November 5, 2008

Projek Pusat vs Swasta!!!

Pakat-pakatlah kita fikirkan kenapa satu syarikat bumiputera penuh dan satu lagi syarikat milik penuh cina…

Yang melayu setakat ni gagal dalam menyudahkan projek tetapi yang cina ni dah hampir 60-70% projek hampir siap… Projek yang melayu ni buat adalah projek jambatan baru yang amat penting kepada rakyat di sebelah Tumpat menghubungkan Kota Bharu.Yang siap cuma 10% selepas setahun setengah dilancarkan oleh Pak Lah kite…Boleh lihat cuma besi dan cerucuk yang ada..pekerja semua dah cuti…duit dah habis lah kot masuk dalam poket puak UMNO…

Bukan apa,inilah kesan dan akibat daripada penyelewengan serta salahguna kuasa puak UMNO yang masih gila kuasa dan tidak ambik endah keperluan rakyat..yang penting bagi puak UMNO ni adalah duit projek.

Dibandingkan dengan pemikiran cina..bagi mereka pajakan tanah 99 tahun ini mesti dimanupulasikan semaksima mungkin..ini dapat dilihat setelah TESCO siap..maka dikelilingnya sekarang penuh dengan bangunan kedai yang sedang dalam pembinaan…

Posted by: alumnijordan | November 4, 2008

Kepesatan Pembangunan KB

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar yang ana ambil di sekitar Kota Bharu untuk tatapan sahabat yang berada diluar Kelate..

Di dalam blog ini,ana cuma akan mengulas dan mengutip bahan-bahan yang terdapat disekitar Kelantan untuk menjadi bahan perbincangan kita semua… yang lain-lain boleh ke klik di website dan blog sahabat lain untuk mendapat jawapan..ana cuba untuk mengumpulkan semua (kalau boleh) agar blog ini sesuai dengan motonya “one stop center for All” .

Posted by: alumnijordan | Oktober 4, 2008

Kemunculan weblog alumni

al-hamdulillah,segala puja dan puji bagi Allah S.W.T yang mana weblog Alumni dapat diterjemahkan ke alam nyata.Setelah dorongan dan pandangan orang tua yang diluahkan semalam agar semua warga alumni Jordan dapat berinteraksi dan terus berhubungan meneruskan ukhuwwah Islamiah yang termeterai semasa pengajian.Kini muslimin dan muslimat boleh mengambil manfaat dan marilah kita bersama-sama memeriahkan weblog ini  dengan komentar dan cadangan membina bagi meningkatkan lagi fungsi dan peranan weblog ini sebagai one stop center untuk allumni dan masyarakat awam.

sekian,salam hormat.

**harap dapat sebarkan

Posted by: alumnijordan | Oktober 4, 2008

Majlis Sambutan Hari Raya 1429H

Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri 1429H anjuran Alumni Jordan dengan kerjasama Urusetia Pembangunan Wanita,Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Teratai,Kompleks Kota Darul Daim pada 3 Syawal 1429H bersamaan 3 Oktober 2008. Jumlah kehadiran pada kali ini amat memberansangkan bagi penganjur.Walaupun urusan jemputan dan pendaftaran dilakukan pada saat-saat akhir tetapi dengan kerjasama semua khirrijiin jamiaat Jordan menyebarkan info menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS),maka majlis perjumpaan ini dapat diadakan.Pada awal majlis,kehadiran baru mencecah 10 keluarga disebabkan jalan menuju ke Kota Bharu penuh sesak dengan kenderaan.Pihak penganjur memulakan majlis santai dengan makan sambil sembang-sembang sesama ikhwah dan akhawat yang telah lama tidak bertemu.kemudian kehadiran meningkat sehingga mencecah 140 orang.Dalam ucapan alu-aluan tuan rumah,YB. Us. Ab Latiff Ab Rahman mengalu-alukan kedatangan semua alumni dan menyatakan bahawa majlis ini adalah dengan kerjasama Urusetia Pembangunan Wanita,Belia,Sukan dan NGO Negeri Kelantan.Manakala urusan tempat dan makan minum semuanya ditanggung oleh kerajaan negeri di bawah exco YB Ab Pattah Mahmood.Ucapan Al-Fadhil Us Nik Zawawi Salleh pula menyentuh mengenai perlunya alumni Jordan memperhebatkan gerakan dakwah di tempat masing-masing.Ini kerana masyarakat telah mengiktiraf lulusan Jordan sebagai terbaik dan berkemampuan dalam pelbagai bidang.Beliau turut berbangga kerana ada di kalangan lulusan Jordan yang telah dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri,Tokoh Korporat dan sebagainya.YB Us Ahmad Baihaqi pula menyatakan bahawa telah tiba masanya bagi Alumni Jordan untuk bergerak ke hadapan dengan menyediakan sebuah laman web bagi menyebarkan maklumat semasa alumni dan juga sebagai satu pusat hentian masyarakat dalam mendapatkan maklumat..

Kategori